Di Keheningan Malam itu...

Mata yang terpejam celik di malam yang hening lagi sunyi. Langsir dibuka tirainya... Bintang-bintang yang dirindui tidak memunculkan dirinya.. Tidak pasti mengapa hati tewas dengan perasaan. Airmata mengalir laju sukar dibendung telah memecahkan empangannya yang sekian lama teguh. Hati mengadu segalanya... takut, kecewa, marah, benci, rindu, yakin..ah, semuanya tenggelam dalam fikiran yang bercelaru. Kain juga basah, sejadah yang terhampar tercemar oleh airmata yang penuh erti. Pengharapan disandarkan sepenuhnya kepada Sang Pencipta... diluahkan juga rindu yang ditanggung dan ketakutan yang menyelubungi diri. Biarlah Dia saja mengerti...kerna DIA tidak pernah meninggalkan ketika sendirian.Kerna yang pasti Allah tidak pernah zalim kepada hambaNya. Ya Allah...terimalah hamba sebagai tetamu malam Mu... di keheningan malam aku bersimpuh...



Tuesday, February 22, 2011

Diakah Mujahidah itu????

Hari ni termenung panjang…..

Bukan untuk mengenang nasib diri…bukan juga memikirkan tentang masa hadapan

Jauh disudut hati, bayangannya masih menerpa diri yang kerdil ini

Persoalan sama masih lagi berlegar-legar di kotak pemikiran yang sama….lalu tercetus di bibir

DIAKAH MUJAHIDAH ITU???????

Ya, dialah….

Walau diri sarat mengandung (8 lapan)…ku dapat rasakan lelahnya

Ku dapat rasai ketakutannya….namun digagahi jua untuk hadir menemui kami…

Jelas terpancar cahaya diwajahnya ketika melangkah masuk ke rumahku… demi sebuah tarbiyah yang perlu diteruskan….ku lihat keseriusan jiwanya pada dakwa… untuk membina individu muslim yang lebih berkualiti…

Usrah itu dijalankan seperti biasa dirumahku….

Dan kami..jiwa2 yang perlukan pengislahan yang terjamin….

Mendamba sentuhan mereka yang telah lama di jalan ini..

Jalan yang penuh mehnah….hingga diri pernah benar-benar lemah hampir tersun gkur….

Namun tarbiyah ini bukan bermatlamat kan kelemahan..tapi pencerahan jiwa yang jelas… membuatkan jiwa yang lemah kembali bersemangat…menyebabkan langkah yang longlai kembali berlari….

“Dakwa tidak menjanjikan kerehatan , kerna kita akan terus bergerak ….jika kamu cepat mengalah dalam menghadapi tribulasi dakwa ini, maka silakan pergi…. Kerna dakwa tetap berjalan tanpa dirimu, sesungguhnya kerehatan yang sebenar apabila kaki telah melangkah masuk ke Syurga Allah yang abadi..” Kata MUJAHIDAH itu…

Airmata ku mengalir….apakah aku yang tidak tahan akan ujian di jalan ini ….apakah aku yang akan terbuang di pertengahan perjuangan…. Kekalahan yang tidak menjanjikan syahid sekiranya aku pergi, sedangkan dulu aku telah rela menginfakkan hidupku pada MU Ya ALLAH……

Dakwa ada Tamhis….dan adakah aku tergolong diantara yang tersingkir..…..

Aku membuang bayangan itu…. Kerna aku belum terbuang, tapi masih berada diatas jalan yang sama, jalan yang ku lalui hampir empat tahun itu…dan berdoa terus tsabat menjadi rantai penyambung perjuangan KEKASIH ALLAH….

Ku tatapi Redup wajah Mujahidah itu….

10 tahun berada di Mesir mematangkan dirinya melebihi umurnya ….sedangkan jarak usia antara aku dan dia hanya beberapa tahun….

Beralih mencari pengalaman di bumi Malaysia, sebagai pensyarah di UMP….

Namun, pegangannya tidak pernah rapuh…

Dialah sebagai anak kepada ibu dan ayahnya , dialah isteri kepada zaujnya, ibu kepada anak2 nya dan pendidik kpd para pelajarnya….

Namun peranan sebagai DAIE tidak pernah luntur dari jiwanya….

Dan Allah memilih aku yang kerdil ini untuk berjuang bersamanya…. Apakah Allah sedang berbicara denganku…..

Berdiri bersamanya ketika Solat membuatkan aku terfikir…..

Apakah aku mampu menjadi sepertinya????.....ya, mana mungkin aku boleh menjadi jelmaan sepertinya, tapi aku mampu mencontohinya…..

Kerna dialah murobbiyahku ..yang akan memimpin jalanku diatas JALANMU YA RABB…

Ya..dialah MUJAHIDAH ITU>>>>>>>>

6.33 pm

19/2/2011

Rumah di KMPh

Wednesday, February 16, 2011

Sampai bila Tarbiyah ini?????

Bagi mereka yang sedang tekun dalam meniti liku-liku tarbiyyah, pasti kadang-kala terdetik di hati mereka akan persoalan ini. Persoalan ini lebih mencabar untuk diberi jawapan pada mereka yang hidup di lokaliti di mana dakwah baru mula bertapak. Lebih parah lagi, ramai yang mungkin kecewa dan putus asa dengan tarbiyyah bila mana dakwah telah lama berlangsung, tetapi terus kekal statik seperti masa ia bermula seketika dahulu. Masih tidak meningkat ke marahil yang lebih signifikan kesannya.
Sebahagian pejuang tarbiyyah pula mungkin cemburu bila melihat negeri seberang telah mula mekar dan kembang kuntuman dakwah mereka. Sudah mula mencatur dan mengagihkan kerusi-kerusi parlimen yang hendak ditandingi. Sudah mula berjuang dan berhadapan dengan taghut pemerintah. Lantas mereka futur dan gugur di tengah jalan lantaran bosan dengan marhalah perjuangan mereka yang tidak berkembang. Juga sebahagian mereka terus radikal, segera terjun ke persada politik. “Ini juga tarbiyyah…”, kata mereka. Fenomena ini bisa kita ketemui di mana-mana bumi dakwah dan tarbiyyah itu cuba diperjuangkan. Maka, sampai bila perlu tarbiyyah?
Sangat penting bagi pendukung tarbiyyah memahami substance tarbiyyah itu sendiri. Apa yang kita nak capai sebenarnya? Tarbiyyah ni sekali-sekala tak boleh ke? Kenapa kena kerap pula? Dan sampai bila perlu tarbiyyah?
Tarbiyyah adalah uslub paling ideal dalam berinteraksi dengan fitrah manusia. Mendidik manusia secara langsung dengan kalimah-kalimah, dan secara tidak langsung dengan qudwah hasanah. Tarbiyyah perlu didasari manhaj dan wasilah yang khas, bagi mengubah manusia ke arah yang lebih baik.
Itu definisi tarbiyyah yang disusun oleh para ulama’ tarbiyyah. Kefahaman akan definisi ini dan apa yang dimaksudkan di sebaliknya, sudah cukup untuk memandu para du’at ke arah medan perjuangan. Tidak timbul lagi setelah itu persoalan masa. Ibaratnya, tarbiyyah itu dulu, kini, dan selamanya.
Dalam kita merangka gerak perjuangan, kita perlu melihat kepada peribadi-peribadi yang mahu bersama saff kita. Bagaimana fikrah mereka? Bagaimana ibadah dan hubungan mereka dengan Rabb dan makhlukNya? Bagaimana akhlak mereka? Bagaimana keyakinan mereka terhadap jalan ini? Semua ini mampu diselesaikan oleh tarbiyyah mustamirrah (konsisten) dan bukan sekadar sebentar sahaja.
Seharusnya tiada istilah graduate dari madrasah tarbiyyah. Hasil dari tarbiyyah berpanjangan ini, lahirlah rijal yang mampu menanggung beban dan masalah ummah. Rijal tersebut masih bernilai manusia, dan masih perlu dirawat hati, akal, dan jasadnya. Maka berterusanlah tarbiyyah itu dalam mendidik jiwa-jiwa ini.
Kembali sejenak melihat sirah Ar-Rasul, bagaimana Baginda merawat hati para sahabat yang tidak sabar-sabar mahu berhadapan dengan puak Kuffar. Sewaktu Islam baru mula bertapak di Mekkah, para sahabat sebahagiannya diseksa dengan sangat dahsyat. Di antara mereka ialah Khabbab bin Aarat, yang cuba dipanggang jasadnya oleh kuffar Quraisy. Lantaran tidak tahan seksaan tersebut, Khabbab merayu pada Rasulullah supaya bertindak menekan kekejaman mereka.
Beliau berkata, “Kami mengeluh di hadapan Rasulullah s.a..w saat beliau sedang bersandar di Ka’bah. Kami berkata kepadanya,”Apakah engkau tidak memohonkan pertolongan bagi kami? Tidakkah engkau berdoa kepada Allah untuk kami?”. Rasulullah s.a.w kemudian bersabda, “Dahulu seorang lelaki ditanam badannya ke dalam bumi lalu gergaji diletakkan di atas kepalanya dan kepalanya dibelah menjadi dua namun hal itu tidak menghalanginya dari agamanya. Dan disisir dengan sisir besi sehingga terkupaslah daging dan kulitnya sehingga tampaklah tulangnya namun hal itu tidak menghalanginya dari agamanya. Demi Allah, urusan ini akan disempurnakanNya sehingga seorang penunggang kuda akan berkelana dari San’aa ke Hadramawt tidak takut apa pun selain Allah atau serigala yang akan menerkam gembalaannya, akan tetapi kalian tergesa-gesa!” (HR Bukhary 3343)
Begitulah sikap Ar-Rasul di permulaan dakwah. Detik mencari kekuatan, membina persediaan. Usaha Baginda fokus, dakwah dan tarbiyyah. Bahkan, usaha ini berterusan meskipun setelah berhijrah ke Madinah, mengangkat senjata, dan membina empayar. Imam Hassan Al-Banna juga tidak lupa mengingatkan kita akan perkara ini. Pesan beliau, janganlah kita ‘memetik buah sebelum ia ranum’. Semoga kita terus tsabat di atas jalan dakwah dan tarbiyyah ini, sehingga ke akhir medan.
Oleh: Muhammad Syamil Muhammad Salmi
ISMA Jordan 2010
Sumber: Laman Web ISMA Jordan

Sunday, January 9, 2011

Warkah untukmu teman...

Tit...tit...tit... Hp kesayanganku berbunyi, menandakan satu mesej masuk. Aku membacanya dengan perasaan yang sukar dimengertikan. Mesej daripada seorang sang Adam yang masih mengharap sesuatu daripadaku. Tanpaku sedari ada cecair panas di tubir mataku. Aku mengambil mushaf Al-QURAN milikku dan ku dekatkan di dadaku... Ya, hatiku masih mengatakan jawapan yang sama lalu cecair panas tadi berjatuhan setitik demi setitik... Aku menarik pen dari bekasnya dan mencoret sesuatu untuk temanku itu... sebuah jawapan untuk persoalannya dalam mesejnya sebentar tadi sekaligus jawapan pada sebuah penantiannya yang ku harap akan berakhir selepas ku titipkan warkah ini pada dirinya... (dan ku harap dia dapat membacanya)

Wahai teman,

Dirimu ibarat kejora yang melengkapkan pecahan-pecahan kenanganku. Seorang sahabat sekelas yang ku kenali sejak dari tingkatan 2 dan ku saksikan jatuh bangunmu dalam mengejar sebuah impian... Aku tidak tahu lagi bagaimana menghapuskan bayangan diriku darimu...Aku kagum dengan kesetiaanmu. 9 TAHUN...bukan satu jangkamasa yang pendek, dan selama itu juga engkau masih menanti jawapan yang tidak pasti...Namun, jauh di sudut hatiku amat payah untuk ku penuhi permintaanmu sebentar tadi..kerna kisah kehidupan selepas sekolah yang tidak disaksikan olehmu membawa aku jauh dari kehidupan yang lalu....penghijrahan bagiku yang permulaanya cukup menyakitkan. Jatuh bangun hanya Allah yang tahu dan menghadiahkan aku satu ketenangan yang belum dapat dicerna dalam otakku.. selama itu jugalah aku dapat tersenyum dalam kesedihan, aku dapat berdiri dalam kejatuhan, aku dapat bergembira dalam kesunyian manusia, mendapat ketabahan dalam kepayahan dan bergantung harap sepenuhnya padaNYa yang dahulunya lebih ku serahkan pada insan2 kesayanganku... satu revolusi hidup yang tak mungkin dapat ku fahamkan di mindamu... selama 4 tahun ini jugalah aku masih mencari cintaku Ya Rabbulizzati...

Maafkan aku teman...

Kau bukan yang mahram bagiku...ingin ku nyatakan padamu... 4 tahun itu membuatkan aku semakin jauh darimu... 4 tahun itu juga mengajar aku erti kehidupan yang sebenar... Ingin ku ceritakan segalanya padamu... Namun antara kita ada batasannya. Kalaulah engkau bisa mengerti wahai teman. Maafi aku, aku tidak rasa yang aku akan tenang sekiranya aku memenuhi permintaanmu... Ya Allah, apakah aku telah melalaikan seorang sang Adam milikMu...Ampuni aku YA Rabbku...Ya, aku tidak dapat memenuhi permintaanmu itu...mana mungkin aku melakukan sesuatu yang bertentangan dengan jiwaku kini...

Maafkan aku wahai insan yang telah ku lalaikan hatinya tanpa ku sedari...

Mungkin salah cara layananku terhadapmu selama ini...percayalah aku tidak pernah menyalahkanmu akan perasaan yang hadir dalam hatimu...Jangan pernah kau kecewa jika aku mengelakkan diriku daripadamu... Kerna aku sedang berusaha membantu diriku dan dirimu. Hingga jauh aku berkelana untuk mencari sesuatu yang aku dambakan... Namun jangan kau sangka aku akan melupakan dirimu, jangan kau pernah menyangka aku membuang semua kenangan persahabatan yang terjalin dari dulu... tidak akan pernah... Kerna engkau antara orang yang mengambil berat akan jatuh bangun diriku dahulu.

Maafkan aku wahai temanku...

Izinkan bayanganku pergi dari perdu ingatan mu....kenangi diriku hanya sekadar sahabat yang pernah singgah untuk menghiasi kotak-kotak kenanganmu... jangan pernah kau letakkan diriku dalam ruangan istimewa dalam hatimu.... Kerna bukan hamba yang lemah dan hina ini yang berhak berada di situ... Hanya ALLAH..

Berjuanglah wahai temanku... sesungguhnya aku jua sedang berjuang sepertimu... inilah jawapanku untuk dirimu...

Doa...

Tuhan yang Maha mendengar

Sesungguhnya Enagkau Maha Mengetahui...

Tegarkan jiwa ini untuk berada pada jalanmu untuk selamanya

Jangan biar diri tandus dimamah kefuturan

Menjauh dari Mu, Meminggir dariMu

Kuatkan hati kami Ya Allah

Kerana tiada siapa yang tahu

Kehidupan Hamba-Mu ini

Melainkan hanya Engkau...

Sunday, December 26, 2010

Forever...in my Heart

We are the Champion!!!!!!!!!!!!!!!!


sudah lama laman ini berhabuk.. hari ni mau mengetik mengetuk kawan kesayangan ku ini.
hari ni penat. selama 2 hari berprogram bersama budak-budak kolej matrik pahang ni (Rasa seperti belasan tahun pula)....

abis terpusing semua idea bagi menjayakan program ini.... (Senpai katakan)
terserlah semangat mereka....

jauh di sudut hati, aku mengakui kebolehan mereka...
ada yang serius, lawak , lembut, tegas, alim sket, rock sket, otak gila2...semua berpadu menjadi
satu....

(4 orang senpai)


memang mereka berbakat..(dua hari tak kering gusi)...
sebagai kaunselor di tempat yang ditakdirkan Allah ini... di kejauhan aku melihat...
jauh di sudut hatiku berdoa agar Allah terus membimbing mereka
jika manusia sukar menerima sesetengah sikap daripada mereka... aku pasti Allah pasti akan menerima dan mengurnikan hidayah... kerna aku dididik selama 4 tahun untuk tidak memberi penilaian pada manusia... kerna ku pasti orang yang paling dibenci di dunia juga ada potensi untuk berubah ke arah kebaikan...

Buat anak - anak kumpulan Synobby (Hokage terakhir)....
Ikram, Pian, Fuad, Ina, Ain, Eisya, Nisha, Auza, salwa dan idah
Semoga berjaya dan doa K.Aya sentiasa mengiringi kamu semua....
Ingat kemenangan kita semua...(No 1)




Program yang seolah-olah satu keluarga.....
{sukaneka}



Aku terharu dengan semangat...
banyak luahan yang ku terima tentang stress pljr2 matrik...
namun melihat wajah mereka membuatkan aku tenang...
melihat senyuman mereka membuat kan aku yakin mereka boleh berjaya
Kematangan mereka membuatku yakin kebolehan mereka menghadapi masa depan..



kuatkan langkah kamu wahai adik-adikku...
Terima kasih kerna menerima kehadiran k.aya untuk memenuhi ruang di antara kalian...
Terima kasih kerna berkongsi susah senang sepanjang program ini berjalan....

Terima Kasih Warga KMPh...yang banyak membantu diri ini yang kerdil ini untuk lebih matang & bersemngat membantu org lain ke arah kebaikan serta kejayaan semata-mata kerna Mu ya Allah... Redhai sepanjang jalan kami sebagai hamba MU....

Kematangan bukan diukur melalui masa...
Tetapi pengalaman yang meniti Usia....

Saturday, November 20, 2010

Selamatkan Dia Tuhan......

kaki berasa longlai...apabila mendengar perkhabaran itu, mindaku seolah-olah terhenti daripada paksinya.....
Aku kah yang sedang teruji....dan sekali lagi perasaan dulu muncul kembali.... hati yang bening ku bawah ke suatu tempat.... Namun ketenangan laut yang terbentang dihadapan ku masih belum dapat menenangkan kocak di hatiku....
Lalu.... airmata pun mengertikan maksud sebenar...... Apakah aku bakal kehilangan lagi...

Selamatkan dia Tuhan....
Kerna ku tak ingin kehilangan mereka.... susah sakit mereka yang jauh di mataku umpama sembilu yang menusuk di hatiku..... Perkhabaran dari hospital itu masih lagi ku fikirkan..walaupun berkali-kali bonda mengatakan untuk tidak memikirkannya.... memandang pula pada kondisi 'peperangan' ku dalam exam ini....

Namun hatiku tak mampu menghalangnya.... terkadang airmata yang dipendam.... ingin memaksudkan apa yang ada dihatiku kala ini.... Andai bisa diri ini digantikan di tempatnya...
untuk menanggung deritanya.... aku sanggup ya Allah....
Selamatkan dia adikku wahai Rabbku...

Kerna mereka semua adalah nyawaku....
kesakitan mereka menusuk jiwaku...
keperitan mereka mengugat kewarasan mindaku..
Kepayahan mereka membawa separuh jiwa ku pergi....
Gantikan daku ke tempatnya..

Malam ini....terima aku ya Rabb... dengari rintihan hamba Mu....

Ketika diri berdiri bersendirian
airmata jujur tanpa malunya
menurut duka yang singgah di sukma
langkah ku kini terlalu payah
Walauku pasti diri ini di jalan pilihanMu

Wahai Tuhan,
Tiada lagi kini rasa cintaku
Tiada lagi kini rasa rinduku
puas ku mencari
Hingga ku terjatuh di lembah yang
sangat dalam untuk ku daki

Langkah ku kini bagaikan mati
menangisi hari-hari ku
Hingga terlupa sasar arah tujuku
kerna terleka dengan hati yang penuh lara

Wahai Tuhan,
jangan pernah kau tinggalkan diriku
kerna aku hamba yang inginkan maghfirahMu
kerna aku pejuang yang sering lelah tanpa kekuatanMu

Andai hari mendatang
memungkinkan aku terbakar dalam laharMu
maka jemputlah aku kini disaat
cintaku memuncak pada MU
banjiri hati ku dengan kerinduan pada MU
Biarkan aku pasrah kerna terseksa
Mengejar CINTAMU......

Tuesday, September 28, 2010

D akhir-akhir perjuangan.....

FINAL YEAR




Suasana Pagi di Masjid Wilayah sebelum ke UM

KU ingin Terbang (pada MU ya ALLAH)..........he..he..

Tak sangka dah hmpir 4 tahun bergelumang di bumi penuh warisan ini. Bumi yang banyak mengajar erti kehidupan...

Teringat kata2 ukti Kak zue smlam. Hidup mudah...amalkan ilmu , iman , fikir, dan zikir...
apakah Semudah itu??? Ya..Allah ..berikan aku petunjuk,....Apakah jalan ini harus diteruskan atau ku tinggalkan.... Istihkarah ku masih belum jua kunjung jawapannya... apa yang pasti...aku cukup yakin bahawa Allah masih menyayangiku...menyebabkan aku terus lagi tsabat di jalan ini.... Ya..Allah ....buntunya hamba Mu ini ..masih mencari jawapan yang tak pasti..berilah aku petunjuk...Sesungguhnya Engkaulah yang maha mengetahui dan perencana terbaik buatku....


Ada rasa kesal itu terbit di hatiku...apakah aku belum benar-benar ikhlas.... Kehadiran ku ke DAurah Palestin ku batalkan.... Apakah aku mengejar keduniaan.... Nauzubillah..harap2 tidak begitu.... Perjalanan Ke KL malam itu cukup memenatkan.....
Mungkin ini seminar Kaunseling yang terakhir buatku....kerna di sini aku ingin mencipta kenangan bersama mereka...., yang menyayangi ku selama ini......


Jadikan hamba seorang yang mampu mendapat keredhaan MU sebelum ku kembali pada Mu Ya Allah....
Dakaplah aku dalam pelukan kasih sayang MU...
Terima lah rintihan Ku di setiap penghujung malamMU....
AMIN....


Wednesday, July 14, 2010

sem baru...... cerita baru... buku baru... kasut baru??




Sem baru bermula.... wah tak sedar masa berjalan pantas sekali.... sem 6 ku tinggalkan jua... sem yang mengukir pelbagai kenangan dengan class mate yang disayangi...masihkah kau ingat..la..la..la( nynyi pl)...

nak masak kobis besar kat belakang kitaorang nie....




si pinky + si samseng jalanan (makan Ais krim)


Sem 7 baru bermula.... mungkin juga bakal memahatkan penglman dan cerita baru ( mana tau aku dapat 4 flat..hik..hik... perasan)

Pening2...loya2...muntah2...makan asam... semua ada.. U kami ada rule baru.... adoi na...terutama fakulti skema kami ni..ai mak nampaknya kasut turun temurun aku c legam tak pijak tanahlah sem ni...apa? dress code baru??? tidak....Arg!!!!!

ceh, peduli apa, kami kan paling senior kat sini...(bertanduk). kalau setakat library tu,sampai lagi kot dia...takpe juga kot kalau tersesat ke kuliah... kalo terserempak ngan dekan baru tu n dia tanya nape pakai kasut pelik gini? nanti aku buka kasut tu dan amik kasut dia yang ikut rule tu n pakai. Kasut aku yang comel tu? Dia pakai ker... no!!! tak muat aku suruh dia cuci je.... he..he...he.. tak jadi realiti tapi best juga membayangkan je..... maybe kalo realiti, aku campak je kot kasut aku dalam tasik u seblm dia nmpak n kata takde duit beli kasut.... ka...ka...ka...

Malam ni aku sibuk sikit, tapi apalah sangat jika dibandingkan dengan perjuanga rasulullah s.a.w dahulu. em...akhowat2 mempunyai semangat baru di semester baru untuk tajmih junior2 baru yg memerlukan suluhan hidup yang betul sebagai pelajar daripada senior...mungkin juga pakat2 siapa mempunyai mad,u paling ramai.. tapi perlu disedari wahai sahabat2 pejuang di jalan Allah..Apalah erti kuantiti tanpa kualiti? semoga niat kita ikhlas berbuat kerana ALLAH. Em,,, satu persoalan yang bagus untuk murobiyah ku... Namun apakah juga diri ini membiarkan diri ini menjadi akhowat yang terbelakang.. Tidak, x mungkin ku berpaling lagi dari jalanMu ya Allah. Izinkan kami bertemu dalam halaqah cinta demi memburu cinta agungmu ya RABB...

Sunday, April 18, 2010

Mujahadah Cintaku

Telefon bimbitku tetiba menjerit. Aku letakkan buku Social Psychology di atas mejaku. Meja yang dilengkapi macam-macam. Jadi, sepanjang aku di U ,di meja inilah tempat aku berhibernasi selain di atas katil. Kaki yang dilunjurkan di bawah meja disapa mesra udara panas dan tidak kurang juga menjadi gelanggang buat sang nyamuk yang merindukan darahku ini. . Enak. Maka secara rasmi meja ini menjadi meja makan, belajar, komputer dan lain-lain. Tidak berganjak-ganjak aku dari meja ini. Di luar tak bes! Lihatlah anak mak yang pemalas ini.

"Assalamualaikum ukhti ."

Ek, mana pula yang membahasakan diri aku 'ukhti' ini? Nombornya tidak ada dalam senarai address book aku.

"Waalaikumussalam. Siapa tu?" soalku penuh curiga.

Aku tidak gemar menerima panggilan daripada orang yang tidak dikenali.

"Ana... Nor. Ada hal yang ana nak bincang sama anti. Itupun kalau anti tidak sibuk kala ini," katanya tanpa henti.

Nor rupanya. Dengan aku pun masih mahu bersastera. Kenapa tidak cakap saja guna ayat biasa seperti orang lain. Enti-enti pula tu. Rasa kekok pula mendengarnya. Aku tak rasa yang aku layak akan gelaran itu,.

Sesungguhnya kehadiran aku di SINI nyata membawa satu dimensi baru dalam hidup ini. Di SINIlah aku diajar mengenali-Nya dengan lebih dekat. Satu rahmat yang tiada tolok bandingnya. Jatuh bangun sendiri. Walaupun ada teman di sisi, masih terasa kekosongan jiwa. Dan, ia hanya dapat diisi apabila mendekatkan diri kepada-Nya.Walau sering hanyut dalam gelombang nafsu, dipukul ombak kebatilan, Dia akan hadir menyuluh sinar kasih-Nya yang tidak pernah kunjung malap. Mungkin inilah yang dinamakan takdir. Aku ditakdirkan untuk gagal, dan bangun dari kegagalan walaupun payah.

Saat ini terlintas satu nama di fikiran.??????????????. Apa khabar agaknya dia sekarang? Dia makin menyepi. Benarlah kata orang, "Jangan bicara soal perjuangan jika gentar akan kekalahan. Jangan bicara soal cinta jika bimbang akan kehilangan."Mungkin itukah yang aku takuti? Kehilangannya. Tetapi adakah itu bermakna aku telah tertewas dengan godaan dunia. Tidak mungkin! Ya Allah, jangan biarkan hamba tertewas lagi….

Malam itu, liqa diadakan untuk progress Daurah Ruhiyah yang akan kami jalankan. Namun,,, mengapa hati ini kurang ikhlas. Aku sedang berfikir sama ada ingin menghadiri atau meneruskan saja projek tesis ku yang kian terbengkalai. Aku cuba membandingkan kejayaan yang ku kecapi sebagai pelajar yang cemerlang sebelum memasuki tarbiyah ini. Namun, ku gagahi jua untuk ku melangkah ke surau IA. Bila ku melihat wajah-wajah seperjuangan ku, mereka lebih sibuk berbanding aku… Jauh di sudut hati kecil ku mengiyakan bahawa mereka cukup tidak berkira dengan ALLah…

Murobbiyah ku mengenggam tanganku….


“UKti, kuatkan semangatmu.., ukti bukan insan terpilih, tapi Allah memilih dirimu untuk berada di jalan Tarbiyah ini. Untuk kita berjuang bersama-sama menegakkan Islam. Apalah erti perjuangan kita yang sedikit ini berbanding Rasul dan para sahabat… Hari ini Allah telah menolongmu, insya Allah ..hari esok jua Dia pasti menolongmu. Ana Cuma ingin bertemu denganmu…. Jika Allah mengizinkan,, Aku ingin bertemu dengan ukti di Syurga Allah…” begitu syahdu Ukti Solehah memujukku.

Insan yang ku anggap mulia yang mula2 menarik tangan ku untuk berada di jalan ini berjuang bersamanya. Seorang insan yang tak kenal erti putus asa mentarbiyah diriku bermula dari kosong sehingga aku mampu merangkak, berdiri dan berlari. Insan yang menemukan aku pada jalan kehidupan yang sebenar. Memyebabkan hidupku berubah dan berputar 180 darjah.

Ya… Di bumi UMT ini segalanya bermula….

Lewat malam yang hening, aku berdoa pada yang Maha Mengetahui. Semoga jiwaku beroleh ketenangan kerana aku benar-benar memerlukannya saat itu.

"Tuhan, terasa lembutnya belaian sayang-Mu bersama kurnia sekalung hidayah. Tapi adakalanya terasa berbahang kemurkaan-Mu seiring patahnya sayap mujahadahku. Tuhan, langkahku bagaikan mati. Mendaki kasih-Mu nan sayup tinggi. Namun cintaku bukan palsu. Biar langkahku ke sana sering terganggu. Tuhan, terlerai sudah ribuan taubatku. Terungkai bersama semua janjiku yang dulu. Kataku sering mungkir. Walau ku tahu cinta-Mu tak pernah meminggir. Tuhan, walau apapun aku masih terus di sini. Mengemis di dermaga janji-Mu yang pasti. Di sini aku masih mendamba kasih. Kerna ku yakin kasih-Mu tidak pernah sirna selama-lamanya"

Aku mencapai tafsir Al-Quran di atas rak yang disediakan. Cuba mengisi kelapangan yang ada sementara menunggu masa untuk tidur. Aku membelek-belek juzuk terakhir dalam Al-Quran yang mana banyak menceritakan perihal hari kiamat.Kehidupan yang ada sekarang ilusi semata. Destinasi sebenar kita adalah alam akhirat. Dan sebelum beralih ke kehidupan yang abadi itu, akan berlakunya hari kiamat. Sangkakala yang pertama akan ditiup oleh Malaikat Israfil. Bumi akan digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya. Gunung-ganang yang menjadi pasak bumi pula akan diangkat dan dihancurkan menjadi seperti bulu yang berterbangan. Langit akan terbelah lalu runtuh seperti kaca yang berderai. Kemusnahan yang pasti yang telah dijanjikan oleh Allah dalam Al-Quran. Dan manusia pada hari itu tidak ubah seperti kelkatu yang terbang berkeliaran.


Masya-Allah! Aku segera menutup Al-Quran tersebut. Tidak sanggup rasanya hendak meneruskan pembacaan. Gerun memikirkan kedahsyatan yang akan berlaku.

Aku terbayang akan semangat barisan para sahabat….


Moga-moga aku juga dikurniakan jiwa seperti mereka!




Nota :
Selamat bercuti… 19/4/2010 fly to sabah…
Moga Allah menetapkan hatiku…


Tuesday, April 13, 2010

Cuti-cuti....malaysia...

Salam.... Bestyer..Alhamdulillah.. Abis juga kami berperang tuk exam sem....
kelas pun pakat-pakat nak gi jalan2....
Malam ni gie KL.... Singgah sekejap ke masjid UPM tuk solat Subuh....

Pastu,, sume kena gie putrajaya...

Bermula pula lawatan industri.. ceh kena pakai baju formal plak.. sok...
Oleh kerana mood baik... ikut ja la peraturan diktator dorang ni...
Lawatan ke AADK n JPA...

Penat...tido dlaam bas...

Lecturer Dr hanid siap jeling kat aku tu... MAk aih..maaflah...

Agenda seterusnya pla akan ke cameron Higland... ceh makan strawbery masam...
Bermalam...dan esoknyer ke JAbatan kebajikan... jiwa kaubseling ..cengginilah...

Aik, sapa tu jeling-jeling...mak oi..c mije pengarah program dah tengok

"siap lagi c aya ni taip blog, orang suma dah nak naik bas bertolak ni..."

"maaflah wahai Raja bersiong, jangan keluar taring mu udahlah...abis aku ditelannya
macam meggi...." kui..kui....

Lari..cabut... Naik Bas...Go.....Go....GO!!!
Nadia kat sebalah aku pun jeling dan terlihat...

ZZZzzzzzZZZZZzzzzzZZZZZ...............
(semaoga Allah merahmati perjalanan kami ini, Amin...)

Sunday, March 28, 2010

SAATnya Tiba Jua.....

Sudah lama diri ini tidak menjengkuk....
lantaran kesibukan yang melatari kehidupan...
komitmen yang perlu didahulukan menuntut haknya untuk disempurnakan....
(nasib baik pembentangan proposal final projek dah lepas....)

Namun..
hati tiba-tiba terdetik ingin meluahkan sesuatu...sehingga mendorongku mengerakkan jari-jari ini untuk menari atas keybord ni.... aiya..malas pula aku 'bersastera'... apa kata 'berpasar' pula...suma masuk...sawi...
daging..ayam tua..ajinamoto..hisk 2x.. otak len sikit aura nak exam ni...


hari ni...
diriku kat Library..melarikan diri dari kesibukan kat hostel...
asgment statistik..Alhamdulillah dah siap... (tak tido 3 hari)... Moga aku berbuat kerana ALLah...
disebalik dinding kaca library in...aku merenungi ke luar...hujan renyai-renyai melanda bumi UMT... HAti di singgah pilu.... APa ertinya perjuangan ku ini .....

ESOK>>> 29 MAc >>>>> Final Exam>>>>>>
Paper pertama akan bermula esok.... (paper STATISTIK..... kira-kira mcm cashier pla)

Kuatlah wahai hati....
mana mungkin ku kongsi kan cerita sedihku di perantauan ini bersama ibu ku... kerana selayaknya dia mendengar yang baik-baik sahaja dariku... kerna ku tahu ..
diri ini dilahirkan untuk menjadi kuat...
walau adakalanya terjatuh dalam arus yang deras...
Namun akan ku tetap menongkahnya dengan sedaya upaya.... kerna diriku ada DIA...
yang sentiasa melihat, yang akan melindungiku dalam tidur dan jagaku...
yang akan membimbingku disaat kebinggungan.... yang turut berkongsi kegembiraan denganku... yang memberiku kekuatan di saat kesedihan.... kerna DIA juga lah aku berusaha memimpin diri.... Kerna DIA cintaku.... yang suatu hari pasti aku temui...

Tapi?? layak kah aku.....
Ya Allah...tunjukkan aku jalan mencari MU....

Duhai hati...jangan kau terkorban kerana dunia...

sesekali hati mengeluh dgn kesusahan dan kepayahan hidup. Terasa pedih dan rapuh, sakitnya sprti tiada hati lain yang mampu mengerti. Namun diri cepat tersedar... bukankah hati itu adalah ujian dari Tuhan? Kepayahan ini adalah bentuk tarbiyah dariNYA....

Astagfirullah... terlebih banyak mengadu dari bertahmid denganNYA...

surat cinta MU ku buka selembar demi selembar....
ENGKAU memujuk pada malam ini.....

"apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan ; "kami telah beriman" sedangkan mereka tidak diuji? dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya DIA mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya DIa mengetahui orang-orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut : ayat 2 -3)

Airmata menitis.... Kuatlah duhai hati.... ku cuba menyelak lagi halaman lain surat agung itu....

"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir" (Surah Yusuf : ayat 12)

Ya ALLAH... aku tidak ingin jadi kafir.... kini ku mesti bangkit...
ku mampu tersenyum dlm derita... kerna demikian lah hidup ini diciptakan....
semoga ada kegembiraan yang tersingkap disebalik perjalanan duka ini.....

To AYA... ujian yang hebat untuk hambaNYa yang hebat, GOOD LUCK for your FINAL EXAM TOMORROW.... Semoga rahmatnya mengiringi setiap langkah perjuanganmu.....

Lah Tahzan dan tersenyumlah.... ( ^ _ ^ )


Saturday, March 13, 2010

Mantan Majlis Tertinggi Kelab Warisan dlm kenangan
(AGM dan mkn mlm hari tue....)
Semoga kepimpinan baru lebih gigih dlm mencorakkan lagi hala tuju kelab ini dengan menganjurkan program yang lebih berkualiti di samping kebersamaan kepada Allah. Presiden baru...Amen..go..go.. Perjuangan kami telah selesai, berilah pula kami chance rehat untuk menumpukan pada study...(almaklumlah, suma dah nak abis)..Ameen n the geng, Akak akan terus menyokong dan membimbing mu....




Mujahadah sepenuhnya...












Monday, March 1, 2010

WAntED!!!!!!!!!


PeNJenayah TerHebat Abad Ini ....... Hati-Hati Sekiranya Anda Pernah Bertemu Dengan Dua Ekor spesis Ini.... Sangat Dikehendaki Pihak BerkuASa Kerana Menyebabkan KAn FISH yang paling mAhal dalam dapur Mak saya telah DICUri Oleh mereka berdua. Mereka MeruPakan Perompak Yg Profesional dgn
MengguNAkan PelbagaI aLAT caNGGIH yANG tERKINI....
  • MR. Black Engine
(WANTED 3 juta Rupiah)
  • MisS Seputih Mayat
(WAnted 7 juta riyal)
Sesiapa yang bertembung dengan mereka sila serahkan pada pihak yang sepatutnya, kerana tuan nya sangat merindui mereka dan ingin mendidik mereka balik ke pangkal jalan yang diredhai Tuhan.
(Ha..Ha..Ha.. sian nya si black ngan c putih ni .... kalo mak nampak mesti marah label anak-anak angkat kesygan nya jadi penjenayah...hik..hik... Ku abadikan potret dua temanku ini di cini ya... Harap-harap mak bagi makan lah dorang ni elok-elok... Tak sabar jumpa cuti nanti... wait me..i luv you all...peace)....