Di Keheningan Malam itu...

Mata yang terpejam celik di malam yang hening lagi sunyi. Langsir dibuka tirainya... Bintang-bintang yang dirindui tidak memunculkan dirinya.. Tidak pasti mengapa hati tewas dengan perasaan. Airmata mengalir laju sukar dibendung telah memecahkan empangannya yang sekian lama teguh. Hati mengadu segalanya... takut, kecewa, marah, benci, rindu, yakin..ah, semuanya tenggelam dalam fikiran yang bercelaru. Kain juga basah, sejadah yang terhampar tercemar oleh airmata yang penuh erti. Pengharapan disandarkan sepenuhnya kepada Sang Pencipta... diluahkan juga rindu yang ditanggung dan ketakutan yang menyelubungi diri. Biarlah Dia saja mengerti...kerna DIA tidak pernah meninggalkan ketika sendirian.Kerna yang pasti Allah tidak pernah zalim kepada hambaNya. Ya Allah...terimalah hamba sebagai tetamu malam Mu... di keheningan malam aku bersimpuh...



Tuesday, February 22, 2011

Diakah Mujahidah itu????

Hari ni termenung panjang…..

Bukan untuk mengenang nasib diri…bukan juga memikirkan tentang masa hadapan

Jauh disudut hati, bayangannya masih menerpa diri yang kerdil ini

Persoalan sama masih lagi berlegar-legar di kotak pemikiran yang sama….lalu tercetus di bibir

DIAKAH MUJAHIDAH ITU???????

Ya, dialah….

Walau diri sarat mengandung (8 lapan)…ku dapat rasakan lelahnya

Ku dapat rasai ketakutannya….namun digagahi jua untuk hadir menemui kami…

Jelas terpancar cahaya diwajahnya ketika melangkah masuk ke rumahku… demi sebuah tarbiyah yang perlu diteruskan….ku lihat keseriusan jiwanya pada dakwa… untuk membina individu muslim yang lebih berkualiti…

Usrah itu dijalankan seperti biasa dirumahku….

Dan kami..jiwa2 yang perlukan pengislahan yang terjamin….

Mendamba sentuhan mereka yang telah lama di jalan ini..

Jalan yang penuh mehnah….hingga diri pernah benar-benar lemah hampir tersun gkur….

Namun tarbiyah ini bukan bermatlamat kan kelemahan..tapi pencerahan jiwa yang jelas… membuatkan jiwa yang lemah kembali bersemangat…menyebabkan langkah yang longlai kembali berlari….

“Dakwa tidak menjanjikan kerehatan , kerna kita akan terus bergerak ….jika kamu cepat mengalah dalam menghadapi tribulasi dakwa ini, maka silakan pergi…. Kerna dakwa tetap berjalan tanpa dirimu, sesungguhnya kerehatan yang sebenar apabila kaki telah melangkah masuk ke Syurga Allah yang abadi..” Kata MUJAHIDAH itu…

Airmata ku mengalir….apakah aku yang tidak tahan akan ujian di jalan ini ….apakah aku yang akan terbuang di pertengahan perjuangan…. Kekalahan yang tidak menjanjikan syahid sekiranya aku pergi, sedangkan dulu aku telah rela menginfakkan hidupku pada MU Ya ALLAH……

Dakwa ada Tamhis….dan adakah aku tergolong diantara yang tersingkir..…..

Aku membuang bayangan itu…. Kerna aku belum terbuang, tapi masih berada diatas jalan yang sama, jalan yang ku lalui hampir empat tahun itu…dan berdoa terus tsabat menjadi rantai penyambung perjuangan KEKASIH ALLAH….

Ku tatapi Redup wajah Mujahidah itu….

10 tahun berada di Mesir mematangkan dirinya melebihi umurnya ….sedangkan jarak usia antara aku dan dia hanya beberapa tahun….

Beralih mencari pengalaman di bumi Malaysia, sebagai pensyarah di UMP….

Namun, pegangannya tidak pernah rapuh…

Dialah sebagai anak kepada ibu dan ayahnya , dialah isteri kepada zaujnya, ibu kepada anak2 nya dan pendidik kpd para pelajarnya….

Namun peranan sebagai DAIE tidak pernah luntur dari jiwanya….

Dan Allah memilih aku yang kerdil ini untuk berjuang bersamanya…. Apakah Allah sedang berbicara denganku…..

Berdiri bersamanya ketika Solat membuatkan aku terfikir…..

Apakah aku mampu menjadi sepertinya????.....ya, mana mungkin aku boleh menjadi jelmaan sepertinya, tapi aku mampu mencontohinya…..

Kerna dialah murobbiyahku ..yang akan memimpin jalanku diatas JALANMU YA RABB…

Ya..dialah MUJAHIDAH ITU>>>>>>>>

6.33 pm

19/2/2011

Rumah di KMPh

Wednesday, February 16, 2011

Sampai bila Tarbiyah ini?????

Bagi mereka yang sedang tekun dalam meniti liku-liku tarbiyyah, pasti kadang-kala terdetik di hati mereka akan persoalan ini. Persoalan ini lebih mencabar untuk diberi jawapan pada mereka yang hidup di lokaliti di mana dakwah baru mula bertapak. Lebih parah lagi, ramai yang mungkin kecewa dan putus asa dengan tarbiyyah bila mana dakwah telah lama berlangsung, tetapi terus kekal statik seperti masa ia bermula seketika dahulu. Masih tidak meningkat ke marahil yang lebih signifikan kesannya.
Sebahagian pejuang tarbiyyah pula mungkin cemburu bila melihat negeri seberang telah mula mekar dan kembang kuntuman dakwah mereka. Sudah mula mencatur dan mengagihkan kerusi-kerusi parlimen yang hendak ditandingi. Sudah mula berjuang dan berhadapan dengan taghut pemerintah. Lantas mereka futur dan gugur di tengah jalan lantaran bosan dengan marhalah perjuangan mereka yang tidak berkembang. Juga sebahagian mereka terus radikal, segera terjun ke persada politik. “Ini juga tarbiyyah…”, kata mereka. Fenomena ini bisa kita ketemui di mana-mana bumi dakwah dan tarbiyyah itu cuba diperjuangkan. Maka, sampai bila perlu tarbiyyah?
Sangat penting bagi pendukung tarbiyyah memahami substance tarbiyyah itu sendiri. Apa yang kita nak capai sebenarnya? Tarbiyyah ni sekali-sekala tak boleh ke? Kenapa kena kerap pula? Dan sampai bila perlu tarbiyyah?
Tarbiyyah adalah uslub paling ideal dalam berinteraksi dengan fitrah manusia. Mendidik manusia secara langsung dengan kalimah-kalimah, dan secara tidak langsung dengan qudwah hasanah. Tarbiyyah perlu didasari manhaj dan wasilah yang khas, bagi mengubah manusia ke arah yang lebih baik.
Itu definisi tarbiyyah yang disusun oleh para ulama’ tarbiyyah. Kefahaman akan definisi ini dan apa yang dimaksudkan di sebaliknya, sudah cukup untuk memandu para du’at ke arah medan perjuangan. Tidak timbul lagi setelah itu persoalan masa. Ibaratnya, tarbiyyah itu dulu, kini, dan selamanya.
Dalam kita merangka gerak perjuangan, kita perlu melihat kepada peribadi-peribadi yang mahu bersama saff kita. Bagaimana fikrah mereka? Bagaimana ibadah dan hubungan mereka dengan Rabb dan makhlukNya? Bagaimana akhlak mereka? Bagaimana keyakinan mereka terhadap jalan ini? Semua ini mampu diselesaikan oleh tarbiyyah mustamirrah (konsisten) dan bukan sekadar sebentar sahaja.
Seharusnya tiada istilah graduate dari madrasah tarbiyyah. Hasil dari tarbiyyah berpanjangan ini, lahirlah rijal yang mampu menanggung beban dan masalah ummah. Rijal tersebut masih bernilai manusia, dan masih perlu dirawat hati, akal, dan jasadnya. Maka berterusanlah tarbiyyah itu dalam mendidik jiwa-jiwa ini.
Kembali sejenak melihat sirah Ar-Rasul, bagaimana Baginda merawat hati para sahabat yang tidak sabar-sabar mahu berhadapan dengan puak Kuffar. Sewaktu Islam baru mula bertapak di Mekkah, para sahabat sebahagiannya diseksa dengan sangat dahsyat. Di antara mereka ialah Khabbab bin Aarat, yang cuba dipanggang jasadnya oleh kuffar Quraisy. Lantaran tidak tahan seksaan tersebut, Khabbab merayu pada Rasulullah supaya bertindak menekan kekejaman mereka.
Beliau berkata, “Kami mengeluh di hadapan Rasulullah s.a..w saat beliau sedang bersandar di Ka’bah. Kami berkata kepadanya,”Apakah engkau tidak memohonkan pertolongan bagi kami? Tidakkah engkau berdoa kepada Allah untuk kami?”. Rasulullah s.a.w kemudian bersabda, “Dahulu seorang lelaki ditanam badannya ke dalam bumi lalu gergaji diletakkan di atas kepalanya dan kepalanya dibelah menjadi dua namun hal itu tidak menghalanginya dari agamanya. Dan disisir dengan sisir besi sehingga terkupaslah daging dan kulitnya sehingga tampaklah tulangnya namun hal itu tidak menghalanginya dari agamanya. Demi Allah, urusan ini akan disempurnakanNya sehingga seorang penunggang kuda akan berkelana dari San’aa ke Hadramawt tidak takut apa pun selain Allah atau serigala yang akan menerkam gembalaannya, akan tetapi kalian tergesa-gesa!” (HR Bukhary 3343)
Begitulah sikap Ar-Rasul di permulaan dakwah. Detik mencari kekuatan, membina persediaan. Usaha Baginda fokus, dakwah dan tarbiyyah. Bahkan, usaha ini berterusan meskipun setelah berhijrah ke Madinah, mengangkat senjata, dan membina empayar. Imam Hassan Al-Banna juga tidak lupa mengingatkan kita akan perkara ini. Pesan beliau, janganlah kita ‘memetik buah sebelum ia ranum’. Semoga kita terus tsabat di atas jalan dakwah dan tarbiyyah ini, sehingga ke akhir medan.
Oleh: Muhammad Syamil Muhammad Salmi
ISMA Jordan 2010
Sumber: Laman Web ISMA Jordan

Sunday, January 9, 2011

Warkah untukmu teman...

Tit...tit...tit... Hp kesayanganku berbunyi, menandakan satu mesej masuk. Aku membacanya dengan perasaan yang sukar dimengertikan. Mesej daripada seorang sang Adam yang masih mengharap sesuatu daripadaku. Tanpaku sedari ada cecair panas di tubir mataku. Aku mengambil mushaf Al-QURAN milikku dan ku dekatkan di dadaku... Ya, hatiku masih mengatakan jawapan yang sama lalu cecair panas tadi berjatuhan setitik demi setitik... Aku menarik pen dari bekasnya dan mencoret sesuatu untuk temanku itu... sebuah jawapan untuk persoalannya dalam mesejnya sebentar tadi sekaligus jawapan pada sebuah penantiannya yang ku harap akan berakhir selepas ku titipkan warkah ini pada dirinya... (dan ku harap dia dapat membacanya)

Wahai teman,

Dirimu ibarat kejora yang melengkapkan pecahan-pecahan kenanganku. Seorang sahabat sekelas yang ku kenali sejak dari tingkatan 2 dan ku saksikan jatuh bangunmu dalam mengejar sebuah impian... Aku tidak tahu lagi bagaimana menghapuskan bayangan diriku darimu...Aku kagum dengan kesetiaanmu. 9 TAHUN...bukan satu jangkamasa yang pendek, dan selama itu juga engkau masih menanti jawapan yang tidak pasti...Namun, jauh di sudut hatiku amat payah untuk ku penuhi permintaanmu sebentar tadi..kerna kisah kehidupan selepas sekolah yang tidak disaksikan olehmu membawa aku jauh dari kehidupan yang lalu....penghijrahan bagiku yang permulaanya cukup menyakitkan. Jatuh bangun hanya Allah yang tahu dan menghadiahkan aku satu ketenangan yang belum dapat dicerna dalam otakku.. selama itu jugalah aku dapat tersenyum dalam kesedihan, aku dapat berdiri dalam kejatuhan, aku dapat bergembira dalam kesunyian manusia, mendapat ketabahan dalam kepayahan dan bergantung harap sepenuhnya padaNYa yang dahulunya lebih ku serahkan pada insan2 kesayanganku... satu revolusi hidup yang tak mungkin dapat ku fahamkan di mindamu... selama 4 tahun ini jugalah aku masih mencari cintaku Ya Rabbulizzati...

Maafkan aku teman...

Kau bukan yang mahram bagiku...ingin ku nyatakan padamu... 4 tahun itu membuatkan aku semakin jauh darimu... 4 tahun itu juga mengajar aku erti kehidupan yang sebenar... Ingin ku ceritakan segalanya padamu... Namun antara kita ada batasannya. Kalaulah engkau bisa mengerti wahai teman. Maafi aku, aku tidak rasa yang aku akan tenang sekiranya aku memenuhi permintaanmu... Ya Allah, apakah aku telah melalaikan seorang sang Adam milikMu...Ampuni aku YA Rabbku...Ya, aku tidak dapat memenuhi permintaanmu itu...mana mungkin aku melakukan sesuatu yang bertentangan dengan jiwaku kini...

Maafkan aku wahai insan yang telah ku lalaikan hatinya tanpa ku sedari...

Mungkin salah cara layananku terhadapmu selama ini...percayalah aku tidak pernah menyalahkanmu akan perasaan yang hadir dalam hatimu...Jangan pernah kau kecewa jika aku mengelakkan diriku daripadamu... Kerna aku sedang berusaha membantu diriku dan dirimu. Hingga jauh aku berkelana untuk mencari sesuatu yang aku dambakan... Namun jangan kau sangka aku akan melupakan dirimu, jangan kau pernah menyangka aku membuang semua kenangan persahabatan yang terjalin dari dulu... tidak akan pernah... Kerna engkau antara orang yang mengambil berat akan jatuh bangun diriku dahulu.

Maafkan aku wahai temanku...

Izinkan bayanganku pergi dari perdu ingatan mu....kenangi diriku hanya sekadar sahabat yang pernah singgah untuk menghiasi kotak-kotak kenanganmu... jangan pernah kau letakkan diriku dalam ruangan istimewa dalam hatimu.... Kerna bukan hamba yang lemah dan hina ini yang berhak berada di situ... Hanya ALLAH..

Berjuanglah wahai temanku... sesungguhnya aku jua sedang berjuang sepertimu... inilah jawapanku untuk dirimu...

Doa...

Tuhan yang Maha mendengar

Sesungguhnya Enagkau Maha Mengetahui...

Tegarkan jiwa ini untuk berada pada jalanmu untuk selamanya

Jangan biar diri tandus dimamah kefuturan

Menjauh dari Mu, Meminggir dariMu

Kuatkan hati kami Ya Allah

Kerana tiada siapa yang tahu

Kehidupan Hamba-Mu ini

Melainkan hanya Engkau...