Di Keheningan Malam itu...

Mata yang terpejam celik di malam yang hening lagi sunyi. Langsir dibuka tirainya... Bintang-bintang yang dirindui tidak memunculkan dirinya.. Tidak pasti mengapa hati tewas dengan perasaan. Airmata mengalir laju sukar dibendung telah memecahkan empangannya yang sekian lama teguh. Hati mengadu segalanya... takut, kecewa, marah, benci, rindu, yakin..ah, semuanya tenggelam dalam fikiran yang bercelaru. Kain juga basah, sejadah yang terhampar tercemar oleh airmata yang penuh erti. Pengharapan disandarkan sepenuhnya kepada Sang Pencipta... diluahkan juga rindu yang ditanggung dan ketakutan yang menyelubungi diri. Biarlah Dia saja mengerti...kerna DIA tidak pernah meninggalkan ketika sendirian.Kerna yang pasti Allah tidak pernah zalim kepada hambaNya. Ya Allah...terimalah hamba sebagai tetamu malam Mu... di keheningan malam aku bersimpuh...



Sunday, April 18, 2010

Mujahadah Cintaku

Telefon bimbitku tetiba menjerit. Aku letakkan buku Social Psychology di atas mejaku. Meja yang dilengkapi macam-macam. Jadi, sepanjang aku di U ,di meja inilah tempat aku berhibernasi selain di atas katil. Kaki yang dilunjurkan di bawah meja disapa mesra udara panas dan tidak kurang juga menjadi gelanggang buat sang nyamuk yang merindukan darahku ini. . Enak. Maka secara rasmi meja ini menjadi meja makan, belajar, komputer dan lain-lain. Tidak berganjak-ganjak aku dari meja ini. Di luar tak bes! Lihatlah anak mak yang pemalas ini.

"Assalamualaikum ukhti ."

Ek, mana pula yang membahasakan diri aku 'ukhti' ini? Nombornya tidak ada dalam senarai address book aku.

"Waalaikumussalam. Siapa tu?" soalku penuh curiga.

Aku tidak gemar menerima panggilan daripada orang yang tidak dikenali.

"Ana... Nor. Ada hal yang ana nak bincang sama anti. Itupun kalau anti tidak sibuk kala ini," katanya tanpa henti.

Nor rupanya. Dengan aku pun masih mahu bersastera. Kenapa tidak cakap saja guna ayat biasa seperti orang lain. Enti-enti pula tu. Rasa kekok pula mendengarnya. Aku tak rasa yang aku layak akan gelaran itu,.

Sesungguhnya kehadiran aku di SINI nyata membawa satu dimensi baru dalam hidup ini. Di SINIlah aku diajar mengenali-Nya dengan lebih dekat. Satu rahmat yang tiada tolok bandingnya. Jatuh bangun sendiri. Walaupun ada teman di sisi, masih terasa kekosongan jiwa. Dan, ia hanya dapat diisi apabila mendekatkan diri kepada-Nya.Walau sering hanyut dalam gelombang nafsu, dipukul ombak kebatilan, Dia akan hadir menyuluh sinar kasih-Nya yang tidak pernah kunjung malap. Mungkin inilah yang dinamakan takdir. Aku ditakdirkan untuk gagal, dan bangun dari kegagalan walaupun payah.

Saat ini terlintas satu nama di fikiran.??????????????. Apa khabar agaknya dia sekarang? Dia makin menyepi. Benarlah kata orang, "Jangan bicara soal perjuangan jika gentar akan kekalahan. Jangan bicara soal cinta jika bimbang akan kehilangan."Mungkin itukah yang aku takuti? Kehilangannya. Tetapi adakah itu bermakna aku telah tertewas dengan godaan dunia. Tidak mungkin! Ya Allah, jangan biarkan hamba tertewas lagi….

Malam itu, liqa diadakan untuk progress Daurah Ruhiyah yang akan kami jalankan. Namun,,, mengapa hati ini kurang ikhlas. Aku sedang berfikir sama ada ingin menghadiri atau meneruskan saja projek tesis ku yang kian terbengkalai. Aku cuba membandingkan kejayaan yang ku kecapi sebagai pelajar yang cemerlang sebelum memasuki tarbiyah ini. Namun, ku gagahi jua untuk ku melangkah ke surau IA. Bila ku melihat wajah-wajah seperjuangan ku, mereka lebih sibuk berbanding aku… Jauh di sudut hati kecil ku mengiyakan bahawa mereka cukup tidak berkira dengan ALLah…

Murobbiyah ku mengenggam tanganku….


“UKti, kuatkan semangatmu.., ukti bukan insan terpilih, tapi Allah memilih dirimu untuk berada di jalan Tarbiyah ini. Untuk kita berjuang bersama-sama menegakkan Islam. Apalah erti perjuangan kita yang sedikit ini berbanding Rasul dan para sahabat… Hari ini Allah telah menolongmu, insya Allah ..hari esok jua Dia pasti menolongmu. Ana Cuma ingin bertemu denganmu…. Jika Allah mengizinkan,, Aku ingin bertemu dengan ukti di Syurga Allah…” begitu syahdu Ukti Solehah memujukku.

Insan yang ku anggap mulia yang mula2 menarik tangan ku untuk berada di jalan ini berjuang bersamanya. Seorang insan yang tak kenal erti putus asa mentarbiyah diriku bermula dari kosong sehingga aku mampu merangkak, berdiri dan berlari. Insan yang menemukan aku pada jalan kehidupan yang sebenar. Memyebabkan hidupku berubah dan berputar 180 darjah.

Ya… Di bumi UMT ini segalanya bermula….

Lewat malam yang hening, aku berdoa pada yang Maha Mengetahui. Semoga jiwaku beroleh ketenangan kerana aku benar-benar memerlukannya saat itu.

"Tuhan, terasa lembutnya belaian sayang-Mu bersama kurnia sekalung hidayah. Tapi adakalanya terasa berbahang kemurkaan-Mu seiring patahnya sayap mujahadahku. Tuhan, langkahku bagaikan mati. Mendaki kasih-Mu nan sayup tinggi. Namun cintaku bukan palsu. Biar langkahku ke sana sering terganggu. Tuhan, terlerai sudah ribuan taubatku. Terungkai bersama semua janjiku yang dulu. Kataku sering mungkir. Walau ku tahu cinta-Mu tak pernah meminggir. Tuhan, walau apapun aku masih terus di sini. Mengemis di dermaga janji-Mu yang pasti. Di sini aku masih mendamba kasih. Kerna ku yakin kasih-Mu tidak pernah sirna selama-lamanya"

Aku mencapai tafsir Al-Quran di atas rak yang disediakan. Cuba mengisi kelapangan yang ada sementara menunggu masa untuk tidur. Aku membelek-belek juzuk terakhir dalam Al-Quran yang mana banyak menceritakan perihal hari kiamat.Kehidupan yang ada sekarang ilusi semata. Destinasi sebenar kita adalah alam akhirat. Dan sebelum beralih ke kehidupan yang abadi itu, akan berlakunya hari kiamat. Sangkakala yang pertama akan ditiup oleh Malaikat Israfil. Bumi akan digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya. Gunung-ganang yang menjadi pasak bumi pula akan diangkat dan dihancurkan menjadi seperti bulu yang berterbangan. Langit akan terbelah lalu runtuh seperti kaca yang berderai. Kemusnahan yang pasti yang telah dijanjikan oleh Allah dalam Al-Quran. Dan manusia pada hari itu tidak ubah seperti kelkatu yang terbang berkeliaran.


Masya-Allah! Aku segera menutup Al-Quran tersebut. Tidak sanggup rasanya hendak meneruskan pembacaan. Gerun memikirkan kedahsyatan yang akan berlaku.

Aku terbayang akan semangat barisan para sahabat….


Moga-moga aku juga dikurniakan jiwa seperti mereka!




Nota :
Selamat bercuti… 19/4/2010 fly to sabah…
Moga Allah menetapkan hatiku…


Tuesday, April 13, 2010

Cuti-cuti....malaysia...

Salam.... Bestyer..Alhamdulillah.. Abis juga kami berperang tuk exam sem....
kelas pun pakat-pakat nak gi jalan2....
Malam ni gie KL.... Singgah sekejap ke masjid UPM tuk solat Subuh....

Pastu,, sume kena gie putrajaya...

Bermula pula lawatan industri.. ceh kena pakai baju formal plak.. sok...
Oleh kerana mood baik... ikut ja la peraturan diktator dorang ni...
Lawatan ke AADK n JPA...

Penat...tido dlaam bas...

Lecturer Dr hanid siap jeling kat aku tu... MAk aih..maaflah...

Agenda seterusnya pla akan ke cameron Higland... ceh makan strawbery masam...
Bermalam...dan esoknyer ke JAbatan kebajikan... jiwa kaubseling ..cengginilah...

Aik, sapa tu jeling-jeling...mak oi..c mije pengarah program dah tengok

"siap lagi c aya ni taip blog, orang suma dah nak naik bas bertolak ni..."

"maaflah wahai Raja bersiong, jangan keluar taring mu udahlah...abis aku ditelannya
macam meggi...." kui..kui....

Lari..cabut... Naik Bas...Go.....Go....GO!!!
Nadia kat sebalah aku pun jeling dan terlihat...

ZZZzzzzzZZZZZzzzzzZZZZZ...............
(semaoga Allah merahmati perjalanan kami ini, Amin...)