Di Keheningan Malam itu...

Mata yang terpejam celik di malam yang hening lagi sunyi. Langsir dibuka tirainya... Bintang-bintang yang dirindui tidak memunculkan dirinya.. Tidak pasti mengapa hati tewas dengan perasaan. Airmata mengalir laju sukar dibendung telah memecahkan empangannya yang sekian lama teguh. Hati mengadu segalanya... takut, kecewa, marah, benci, rindu, yakin..ah, semuanya tenggelam dalam fikiran yang bercelaru. Kain juga basah, sejadah yang terhampar tercemar oleh airmata yang penuh erti. Pengharapan disandarkan sepenuhnya kepada Sang Pencipta... diluahkan juga rindu yang ditanggung dan ketakutan yang menyelubungi diri. Biarlah Dia saja mengerti...kerna DIA tidak pernah meninggalkan ketika sendirian.Kerna yang pasti Allah tidak pernah zalim kepada hambaNya. Ya Allah...terimalah hamba sebagai tetamu malam Mu... di keheningan malam aku bersimpuh...



Monday, January 18, 2010

Erti Hijrah ku...

Salam ukhuwah ....

Bermulanya satu perjalanan, disebalik ketenangan wajahnya. namun, hanya DIA yang mengetahui sorotan hatinya.... Puas mencari.... Baru kini ku temui sinarnya...

Penatnyer... Astagfirullah.. bukankah mengeluh itu sifat syaitan... Tenggelam dengan kesibukan final projek... Pening... Oksigen-oksigen... O ya, ditakdirkan oleh Allah diri terpilih menjadi saksi kebesaran ALlah dalam program ESQ.... Memang best.... Bergelen-gelen air mata tumpah dalam masa dua hari itu... Jauh sekali untuk ku mengertikan puncanya... Ku titipkan disini kerna aku tidak ingin kehilangan memori itu... Antara hari terindah dalam hidupku...
Dari program itu aku mengenali diri...
Dari situ aku lebih mengenal Pencipta ku...
Dari situ juga aku mengerti dan yakin jalan yang ku pilih ini adalah benar...
Dari situ juga menjadikan aku lebih tahu tentant ikhlas memperjuangkan jalan Allah...
Dari situ juga aku mengerti sebuah hijrah dan perubahan...
Dari situ juga aku perlu sedar untuk mengubah orang di sekelilingku.. dan
apa yang penting... Aku lah yang harus memulainya sekarang...
Redhai perjuangan ku ya Allah...

Wednesday, January 6, 2010

Ikhlas dalam berdakwah

Ikhlash (الإخلاص) adalah persoalan paling penting dalam amal dan ibadah seorang hamba kepada Allah SWT. Ikhlash, seperti yang dikemukakan oleh Syaikh Yusuf al-Qaradhawy hafizhahullah adalah
عمل من أعمال القلوب، بل هو في مقدمة الأعمال القلبية، لأن قبول الأعمال لا يتم إلا به
“Sebuah amal dari amal-amal hati, tetapi ikhlash merupakan amal hati yang pertama-tama, kerana sesungguhnya diterimanya amal-amal itu tidak akan sempurna kecuali dengan ikhlash.”
Beliau juga menyebutkan hubungan antara ikhlash dengan tauhid, iaitu
ثمرة من ثمرات "التوحيد" الكامل لله تبارك وتعالى، الذي هو إفراد الله عز وجل بالعبادة والاستعانة
“Buah dari buah-buah tauhid yang sempurna kerana Allah Tabaraka wa Ta’ala iaitu dengan menyendirikan Allah Azza wa Jalla dengan ibadah dan memohon pertolongan.”
Ikhlash juga bermakna pemurnian, iaitu membebaskan diri dari segala penyembahan kepada selain Allah, seperti harta, wanita, kedudukan. Allah SWT berfirman
قُلْ إِنَّ صَلاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
“Katakanlah: sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah, Tuhan Semesta Alam.” (Al An’am 162)
Banyak pula definisi ikhlash yang dikemukakan para ulama, namun pada hakikatnya semuanya sama. Beberapa definisi ikhlash adalah
menjadikan tujuan hanyalah untuk Allah tatkala beribadah
membersihkan amalan dari komen manusia
kesamaan antara amalan yang nampak dengan yang ada di batin (Hudzaifah al-Mar’asyi)
melupakan pandangan manusia dengan selalu memandang kepada Allah (Abu ‘Utsman)
Sementara itu Imam Syahid Hasan al-Banna rahimahullahu memberikan definisi tentang ikhlash iaitu
أن يقصد الأخ المسلم بقوله وعمله وجهاده كله وجه الله , وابتغاء مرضاته وحسن مثوبته من غير نظر إلى مغنم أو مظهر أو جاه أو لقب أو تقدم أو تأخر , وبذلك يكون جندي فكرة وعقيدة , لا جندي غرض و منفعة
“Iaitu setiap al-akh muslim meniatkan dengan perkataannya, perbuatannya dan jihadnya seluruhnya hanya untuk Wajah Allah, mengharap keridhaanNya dan kebaikan ganjaranNya, tanpa melihat kepada harta atau kemasyhuran atau kedudukan atau pangkat atau kemajuan atau kemunduran. Dan dengan demikian ia pejuang fikrah dan aqidah, bukan pejuang kepentingan dan kemanfaatan