Di Keheningan Malam itu...

Mata yang terpejam celik di malam yang hening lagi sunyi. Langsir dibuka tirainya... Bintang-bintang yang dirindui tidak memunculkan dirinya.. Tidak pasti mengapa hati tewas dengan perasaan. Airmata mengalir laju sukar dibendung telah memecahkan empangannya yang sekian lama teguh. Hati mengadu segalanya... takut, kecewa, marah, benci, rindu, yakin..ah, semuanya tenggelam dalam fikiran yang bercelaru. Kain juga basah, sejadah yang terhampar tercemar oleh airmata yang penuh erti. Pengharapan disandarkan sepenuhnya kepada Sang Pencipta... diluahkan juga rindu yang ditanggung dan ketakutan yang menyelubungi diri. Biarlah Dia saja mengerti...kerna DIA tidak pernah meninggalkan ketika sendirian.Kerna yang pasti Allah tidak pernah zalim kepada hambaNya. Ya Allah...terimalah hamba sebagai tetamu malam Mu... di keheningan malam aku bersimpuh...



Sunday, April 18, 2010

Mujahadah Cintaku

Telefon bimbitku tetiba menjerit. Aku letakkan buku Social Psychology di atas mejaku. Meja yang dilengkapi macam-macam. Jadi, sepanjang aku di U ,di meja inilah tempat aku berhibernasi selain di atas katil. Kaki yang dilunjurkan di bawah meja disapa mesra udara panas dan tidak kurang juga menjadi gelanggang buat sang nyamuk yang merindukan darahku ini. . Enak. Maka secara rasmi meja ini menjadi meja makan, belajar, komputer dan lain-lain. Tidak berganjak-ganjak aku dari meja ini. Di luar tak bes! Lihatlah anak mak yang pemalas ini.

"Assalamualaikum ukhti ."

Ek, mana pula yang membahasakan diri aku 'ukhti' ini? Nombornya tidak ada dalam senarai address book aku.

"Waalaikumussalam. Siapa tu?" soalku penuh curiga.

Aku tidak gemar menerima panggilan daripada orang yang tidak dikenali.

"Ana... Nor. Ada hal yang ana nak bincang sama anti. Itupun kalau anti tidak sibuk kala ini," katanya tanpa henti.

Nor rupanya. Dengan aku pun masih mahu bersastera. Kenapa tidak cakap saja guna ayat biasa seperti orang lain. Enti-enti pula tu. Rasa kekok pula mendengarnya. Aku tak rasa yang aku layak akan gelaran itu,.

Sesungguhnya kehadiran aku di SINI nyata membawa satu dimensi baru dalam hidup ini. Di SINIlah aku diajar mengenali-Nya dengan lebih dekat. Satu rahmat yang tiada tolok bandingnya. Jatuh bangun sendiri. Walaupun ada teman di sisi, masih terasa kekosongan jiwa. Dan, ia hanya dapat diisi apabila mendekatkan diri kepada-Nya.Walau sering hanyut dalam gelombang nafsu, dipukul ombak kebatilan, Dia akan hadir menyuluh sinar kasih-Nya yang tidak pernah kunjung malap. Mungkin inilah yang dinamakan takdir. Aku ditakdirkan untuk gagal, dan bangun dari kegagalan walaupun payah.

Saat ini terlintas satu nama di fikiran.??????????????. Apa khabar agaknya dia sekarang? Dia makin menyepi. Benarlah kata orang, "Jangan bicara soal perjuangan jika gentar akan kekalahan. Jangan bicara soal cinta jika bimbang akan kehilangan."Mungkin itukah yang aku takuti? Kehilangannya. Tetapi adakah itu bermakna aku telah tertewas dengan godaan dunia. Tidak mungkin! Ya Allah, jangan biarkan hamba tertewas lagi….

Malam itu, liqa diadakan untuk progress Daurah Ruhiyah yang akan kami jalankan. Namun,,, mengapa hati ini kurang ikhlas. Aku sedang berfikir sama ada ingin menghadiri atau meneruskan saja projek tesis ku yang kian terbengkalai. Aku cuba membandingkan kejayaan yang ku kecapi sebagai pelajar yang cemerlang sebelum memasuki tarbiyah ini. Namun, ku gagahi jua untuk ku melangkah ke surau IA. Bila ku melihat wajah-wajah seperjuangan ku, mereka lebih sibuk berbanding aku… Jauh di sudut hati kecil ku mengiyakan bahawa mereka cukup tidak berkira dengan ALLah…

Murobbiyah ku mengenggam tanganku….


“UKti, kuatkan semangatmu.., ukti bukan insan terpilih, tapi Allah memilih dirimu untuk berada di jalan Tarbiyah ini. Untuk kita berjuang bersama-sama menegakkan Islam. Apalah erti perjuangan kita yang sedikit ini berbanding Rasul dan para sahabat… Hari ini Allah telah menolongmu, insya Allah ..hari esok jua Dia pasti menolongmu. Ana Cuma ingin bertemu denganmu…. Jika Allah mengizinkan,, Aku ingin bertemu dengan ukti di Syurga Allah…” begitu syahdu Ukti Solehah memujukku.

Insan yang ku anggap mulia yang mula2 menarik tangan ku untuk berada di jalan ini berjuang bersamanya. Seorang insan yang tak kenal erti putus asa mentarbiyah diriku bermula dari kosong sehingga aku mampu merangkak, berdiri dan berlari. Insan yang menemukan aku pada jalan kehidupan yang sebenar. Memyebabkan hidupku berubah dan berputar 180 darjah.

Ya… Di bumi UMT ini segalanya bermula….

Lewat malam yang hening, aku berdoa pada yang Maha Mengetahui. Semoga jiwaku beroleh ketenangan kerana aku benar-benar memerlukannya saat itu.

"Tuhan, terasa lembutnya belaian sayang-Mu bersama kurnia sekalung hidayah. Tapi adakalanya terasa berbahang kemurkaan-Mu seiring patahnya sayap mujahadahku. Tuhan, langkahku bagaikan mati. Mendaki kasih-Mu nan sayup tinggi. Namun cintaku bukan palsu. Biar langkahku ke sana sering terganggu. Tuhan, terlerai sudah ribuan taubatku. Terungkai bersama semua janjiku yang dulu. Kataku sering mungkir. Walau ku tahu cinta-Mu tak pernah meminggir. Tuhan, walau apapun aku masih terus di sini. Mengemis di dermaga janji-Mu yang pasti. Di sini aku masih mendamba kasih. Kerna ku yakin kasih-Mu tidak pernah sirna selama-lamanya"

Aku mencapai tafsir Al-Quran di atas rak yang disediakan. Cuba mengisi kelapangan yang ada sementara menunggu masa untuk tidur. Aku membelek-belek juzuk terakhir dalam Al-Quran yang mana banyak menceritakan perihal hari kiamat.Kehidupan yang ada sekarang ilusi semata. Destinasi sebenar kita adalah alam akhirat. Dan sebelum beralih ke kehidupan yang abadi itu, akan berlakunya hari kiamat. Sangkakala yang pertama akan ditiup oleh Malaikat Israfil. Bumi akan digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya. Gunung-ganang yang menjadi pasak bumi pula akan diangkat dan dihancurkan menjadi seperti bulu yang berterbangan. Langit akan terbelah lalu runtuh seperti kaca yang berderai. Kemusnahan yang pasti yang telah dijanjikan oleh Allah dalam Al-Quran. Dan manusia pada hari itu tidak ubah seperti kelkatu yang terbang berkeliaran.


Masya-Allah! Aku segera menutup Al-Quran tersebut. Tidak sanggup rasanya hendak meneruskan pembacaan. Gerun memikirkan kedahsyatan yang akan berlaku.

Aku terbayang akan semangat barisan para sahabat….


Moga-moga aku juga dikurniakan jiwa seperti mereka!




Nota :
Selamat bercuti… 19/4/2010 fly to sabah…
Moga Allah menetapkan hatiku…


Tuesday, April 13, 2010

Cuti-cuti....malaysia...

Salam.... Bestyer..Alhamdulillah.. Abis juga kami berperang tuk exam sem....
kelas pun pakat-pakat nak gi jalan2....
Malam ni gie KL.... Singgah sekejap ke masjid UPM tuk solat Subuh....

Pastu,, sume kena gie putrajaya...

Bermula pula lawatan industri.. ceh kena pakai baju formal plak.. sok...
Oleh kerana mood baik... ikut ja la peraturan diktator dorang ni...
Lawatan ke AADK n JPA...

Penat...tido dlaam bas...

Lecturer Dr hanid siap jeling kat aku tu... MAk aih..maaflah...

Agenda seterusnya pla akan ke cameron Higland... ceh makan strawbery masam...
Bermalam...dan esoknyer ke JAbatan kebajikan... jiwa kaubseling ..cengginilah...

Aik, sapa tu jeling-jeling...mak oi..c mije pengarah program dah tengok

"siap lagi c aya ni taip blog, orang suma dah nak naik bas bertolak ni..."

"maaflah wahai Raja bersiong, jangan keluar taring mu udahlah...abis aku ditelannya
macam meggi...." kui..kui....

Lari..cabut... Naik Bas...Go.....Go....GO!!!
Nadia kat sebalah aku pun jeling dan terlihat...

ZZZzzzzzZZZZZzzzzzZZZZZ...............
(semaoga Allah merahmati perjalanan kami ini, Amin...)

Sunday, March 28, 2010

SAATnya Tiba Jua.....

Sudah lama diri ini tidak menjengkuk....
lantaran kesibukan yang melatari kehidupan...
komitmen yang perlu didahulukan menuntut haknya untuk disempurnakan....
(nasib baik pembentangan proposal final projek dah lepas....)

Namun..
hati tiba-tiba terdetik ingin meluahkan sesuatu...sehingga mendorongku mengerakkan jari-jari ini untuk menari atas keybord ni.... aiya..malas pula aku 'bersastera'... apa kata 'berpasar' pula...suma masuk...sawi...
daging..ayam tua..ajinamoto..hisk 2x.. otak len sikit aura nak exam ni...


hari ni...
diriku kat Library..melarikan diri dari kesibukan kat hostel...
asgment statistik..Alhamdulillah dah siap... (tak tido 3 hari)... Moga aku berbuat kerana ALLah...
disebalik dinding kaca library in...aku merenungi ke luar...hujan renyai-renyai melanda bumi UMT... HAti di singgah pilu.... APa ertinya perjuangan ku ini .....

ESOK>>> 29 MAc >>>>> Final Exam>>>>>>
Paper pertama akan bermula esok.... (paper STATISTIK..... kira-kira mcm cashier pla)

Kuatlah wahai hati....
mana mungkin ku kongsi kan cerita sedihku di perantauan ini bersama ibu ku... kerana selayaknya dia mendengar yang baik-baik sahaja dariku... kerna ku tahu ..
diri ini dilahirkan untuk menjadi kuat...
walau adakalanya terjatuh dalam arus yang deras...
Namun akan ku tetap menongkahnya dengan sedaya upaya.... kerna diriku ada DIA...
yang sentiasa melihat, yang akan melindungiku dalam tidur dan jagaku...
yang akan membimbingku disaat kebinggungan.... yang turut berkongsi kegembiraan denganku... yang memberiku kekuatan di saat kesedihan.... kerna DIA juga lah aku berusaha memimpin diri.... Kerna DIA cintaku.... yang suatu hari pasti aku temui...

Tapi?? layak kah aku.....
Ya Allah...tunjukkan aku jalan mencari MU....

Duhai hati...jangan kau terkorban kerana dunia...

sesekali hati mengeluh dgn kesusahan dan kepayahan hidup. Terasa pedih dan rapuh, sakitnya sprti tiada hati lain yang mampu mengerti. Namun diri cepat tersedar... bukankah hati itu adalah ujian dari Tuhan? Kepayahan ini adalah bentuk tarbiyah dariNYA....

Astagfirullah... terlebih banyak mengadu dari bertahmid denganNYA...

surat cinta MU ku buka selembar demi selembar....
ENGKAU memujuk pada malam ini.....

"apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan ; "kami telah beriman" sedangkan mereka tidak diuji? dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya DIA mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya DIa mengetahui orang-orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut : ayat 2 -3)

Airmata menitis.... Kuatlah duhai hati.... ku cuba menyelak lagi halaman lain surat agung itu....

"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir" (Surah Yusuf : ayat 12)

Ya ALLAH... aku tidak ingin jadi kafir.... kini ku mesti bangkit...
ku mampu tersenyum dlm derita... kerna demikian lah hidup ini diciptakan....
semoga ada kegembiraan yang tersingkap disebalik perjalanan duka ini.....

To AYA... ujian yang hebat untuk hambaNYa yang hebat, GOOD LUCK for your FINAL EXAM TOMORROW.... Semoga rahmatnya mengiringi setiap langkah perjuanganmu.....

Lah Tahzan dan tersenyumlah.... ( ^ _ ^ )


Saturday, March 13, 2010

Mantan Majlis Tertinggi Kelab Warisan dlm kenangan
(AGM dan mkn mlm hari tue....)
Semoga kepimpinan baru lebih gigih dlm mencorakkan lagi hala tuju kelab ini dengan menganjurkan program yang lebih berkualiti di samping kebersamaan kepada Allah. Presiden baru...Amen..go..go.. Perjuangan kami telah selesai, berilah pula kami chance rehat untuk menumpukan pada study...(almaklumlah, suma dah nak abis)..Ameen n the geng, Akak akan terus menyokong dan membimbing mu....




Mujahadah sepenuhnya...












Monday, March 1, 2010

WAntED!!!!!!!!!


PeNJenayah TerHebat Abad Ini ....... Hati-Hati Sekiranya Anda Pernah Bertemu Dengan Dua Ekor spesis Ini.... Sangat Dikehendaki Pihak BerkuASa Kerana Menyebabkan KAn FISH yang paling mAhal dalam dapur Mak saya telah DICUri Oleh mereka berdua. Mereka MeruPakan Perompak Yg Profesional dgn
MengguNAkan PelbagaI aLAT caNGGIH yANG tERKINI....
  • MR. Black Engine
(WANTED 3 juta Rupiah)
  • MisS Seputih Mayat
(WAnted 7 juta riyal)
Sesiapa yang bertembung dengan mereka sila serahkan pada pihak yang sepatutnya, kerana tuan nya sangat merindui mereka dan ingin mendidik mereka balik ke pangkal jalan yang diredhai Tuhan.
(Ha..Ha..Ha.. sian nya si black ngan c putih ni .... kalo mak nampak mesti marah label anak-anak angkat kesygan nya jadi penjenayah...hik..hik... Ku abadikan potret dua temanku ini di cini ya... Harap-harap mak bagi makan lah dorang ni elok-elok... Tak sabar jumpa cuti nanti... wait me..i luv you all...peace)....

Sunday, February 28, 2010

Pelarian Masa..sabar je lah

Hah..!!! Boringnyer!!! Aku rasa sunyi sangat...rasa macam seorang ja aku kat dunia ni...Hisk..hisk... Nasib baik aku ni profesional.... Kalau tak sikit lagi jadi spesis seakan-akan di tanjung rambutan tue.... Final projek aku hold dulu... Lecturer aku pun nak cuti gak... Ukti Ana balik rumah hari ni, aku tak ikut sebab ada presentation pula... Nanti aku menyusul..

“ Akak balik dulu ya”
“Bereh”

Siap peluk cium lagi akak ni (Macamlah tak jumpa kat umah dia nanti, sedangkan aku balik rumah dia gak kat negori 9 tu)
Aik, banyak tul pesanan kak ana ni...er..apa ya... alah kepala otak nie x ingat plak ( dah berkarat ke) jap...jap... Apa ya????
1. Masukkan suma baldi kat luar bilik tu
2. Oh...pakai sweater on the way g kl nanti. Sejuk katanya
3. Matikan suis sebelum kuar..
4. Habiskan kurma2 catas meja... (semut dah makan dulu)
5. Hati-hati dalam perjalanan g KL nanti
6. Bila sampai kl jgn p mana2, tunggu sampai akak datang ( merayau sikit je)
Alamak.... dah, dah kak.... pening kepala... Tak konsentrate aku drive..., habis semua pesanan nya ku cerna dlm otak ligat aku ni...
“Dah kak, nanti takut tak sampi kita kat perhentian MPKT, otak dah cream... Blue Hippo lalu depan pun aku tak sempat brek.....”
Aku menoleh ke sebelah....Mak oi... sejak bila kak ana jadi muka mak aku ni... ( oh, leteran lebih kurang, boleh masuk Raja leter sedunia...hik...hik...hik... jgn marah ukti. Minta maaf ngan mak aku gak...)
..Em, hari sendirian lagi, 8 jam dalam bas sungguh memenatkan.... namun, waktu itu cukup untuk aku merenungi diri dan bermuhasabah... Betul kata ukti Arni dari UKM... Carilah dirimu dan makna hidup ketika sedang bermusafir sendirian....
Aik, bising semacam je.. tak ngam benor aku ber ‘uzlah’ kat Terminal Putra ni, ...eh, ada orang lambai2 lah... Penjahat bersiri ke... nak pecut je rasanya... Time kaki dah steady buka langkah seribu.... tiba-tiba...
“Ukthi!!!! Tunggu....!!”
Lah, kak Ana dah sampai rupanyer.... (habislah aku yg kecik ni dilemparnya smpi ke Sabah) Maaflah kak Ana.. Adikmu ini sekali lagi menyusahkanmu....
Sabar je lah...

Friday, February 19, 2010

Di Penghujung senja itu...

Terlalu banyak yang dilalui kini lalu memjadikan perantauan sebagai tempat untuk mencari erti makna diri yang sebenar..... Di penghujung senja ini, ketika diri merenung lautan yang terbentang, seolah-olah menyampaikan salam buat rabbku. Tatkala diri diselubungi kesedihan, kegalauan hati ini menyedarkan aku bahawa kesedihan ku masih lagi terasa..... Seakan kian jauh dari penciptaku. Lalu diri mula bangkit.... meninggalkan lembah gelap yang pernah dihuni. Namun, ku tahu ia masih memburu ku..... Kehadiran akhowat di sisi memyedarkan aku bahawa bahawa tanggungjawab seorang daie melebihi masa yang ada.... YA RABB... Izinkan hamba berteduh dalam naungan kasih sayangmu..... biarkan aku meninggalkan lembah ini.... dan sambutlah salam mujahadah dariku....