Di Keheningan Malam itu...

Mata yang terpejam celik di malam yang hening lagi sunyi. Langsir dibuka tirainya... Bintang-bintang yang dirindui tidak memunculkan dirinya.. Tidak pasti mengapa hati tewas dengan perasaan. Airmata mengalir laju sukar dibendung telah memecahkan empangannya yang sekian lama teguh. Hati mengadu segalanya... takut, kecewa, marah, benci, rindu, yakin..ah, semuanya tenggelam dalam fikiran yang bercelaru. Kain juga basah, sejadah yang terhampar tercemar oleh airmata yang penuh erti. Pengharapan disandarkan sepenuhnya kepada Sang Pencipta... diluahkan juga rindu yang ditanggung dan ketakutan yang menyelubungi diri. Biarlah Dia saja mengerti...kerna DIA tidak pernah meninggalkan ketika sendirian.Kerna yang pasti Allah tidak pernah zalim kepada hambaNya. Ya Allah...terimalah hamba sebagai tetamu malam Mu... di keheningan malam aku bersimpuh...



Friday, February 19, 2010

Di Penghujung senja itu...

Terlalu banyak yang dilalui kini lalu memjadikan perantauan sebagai tempat untuk mencari erti makna diri yang sebenar..... Di penghujung senja ini, ketika diri merenung lautan yang terbentang, seolah-olah menyampaikan salam buat rabbku. Tatkala diri diselubungi kesedihan, kegalauan hati ini menyedarkan aku bahawa kesedihan ku masih lagi terasa..... Seakan kian jauh dari penciptaku. Lalu diri mula bangkit.... meninggalkan lembah gelap yang pernah dihuni. Namun, ku tahu ia masih memburu ku..... Kehadiran akhowat di sisi memyedarkan aku bahawa bahawa tanggungjawab seorang daie melebihi masa yang ada.... YA RABB... Izinkan hamba berteduh dalam naungan kasih sayangmu..... biarkan aku meninggalkan lembah ini.... dan sambutlah salam mujahadah dariku....

No comments:

Post a Comment